Best wishes for this new year 2013. We wish you a year ahead full of promise and success. All our best wishes for happiness and prosperity.

Untuk berjaya di dalam setiap perniagaan di internet, apa yang anda harus lakukan adalah PROMOSI. Jika dengan tiadanya Promosi siapa lah yang akan tahu tentang keberadaan perniagaan anda tersebut. Di artikel kali ini saya ingin berkongsi sedikit Teknik Promosi yang telah dikongsikan di Forum Wang Cyber.

TEKNIK PEMASARAN + TEKNIK PROMOSI YANG UTAMA DI INTERNET!

1.) Promosi Melalui Forum

• Iklan Banner di Sisi Forum
• ‘Siggy’ di Setiap Post Anda
• Membuka satu thread iklan

2.) Promosi Melalui Blog
• Iklan Banner di Blog Sendiri
• Iklan Banner di Blog Orang
• Reviews Artikel/Advertorial

3.) Promosi Melalui List Email
• Penggunaan Autoresponder Berbayar
• Manipulasikan ‘Broadcast & Follow-Up’
• Subscribers – Bagi ‘tips + educates’

4.) Promosi Melalui Facebook/Twitter
• Bina kreadibiliti di Profile & Fan Page
• TAG – Status, Photo, Video, Notes
• Sentiasa berinteraksi – (Don’t miss!)

5.) Promosi Melalui SEO/Adwords
• Aplikasikan konsep ON-PAGE & OFF-PAGE
• Buatlah seberapa banyak ‘backlink’
• Buka akaun adwords & ‘Search Keyword’

6.) Promosi Melalui Youtube (Video)
• Hasilkan sebuah Video Teaser (Pre-Launch)
• Hasilkan sebuah lagi Video Penerangan (Launch)
• Upload ke Youtube & letak link URL ke Website

7.) Promosi Melalui Cabaran Affiliate (JV)
• Buatlah ‘Jemputan JV’ (beri email KHAS)
• Sediakan hadiah-hadiah MENGGIURKAN
• Penggunaan sistem affiliate sepenuhnya



Di atas ini terdapat 7 teknik promosi yang saya dan anda harus lakukan untuk berjaya di dalam perniagaan di internet, dan untuk mengetahui lebih dalam lagi tentang teknik promosi ini silakan ke pembacaan anda yang seterus nya.

1.) Promosi Melalui Forum
• Iklan Banner di Sisi Forum
Anda haruslah menghubungi tuan punya forum/komuniti tersebut untuk anda sebut harga bagi setiap iklan banner yang ingin anda letakkan kat forum. Cth: RM10/seminggu
• ‘Siggy’ di Setiap Post Anda
Anda perlu tahu cara yang betul untuk menarik perhatian orang ramai dengan memastikan ‘siggy’ anda berfungsi dgn baik. ‘Siggy’ = Signature = Ayat kat bawah setiap post anda.
• Membuka satu thread iklan
Anda perlu buka satu ruangan promosi produk anda supaya ianya menjadi lebih spesifik utk produk jualan anda sahaja. Jika ianya berbayar, sila contact admin, buat bayaran dulu.

2.) Promosi Melalui Blog
• Iklan Banner di Blog Sendiri
Bagi mereka yang telah mempunyai blog sendiri yang dah berjaya menarik ramai orang masuk ke blognya, pastikan anda tidak lupa untuk letakkan banner produk.
• Iklan Banner di Blog Orang
Biasanya, blog-blog yang bertraffik tinggi (ramai visitor) akan membuka slot-slot iklan untuk diletakkan di sisi blog mereka. Jgn malu2 nak contact admin utk beriklan.
• Reviews Artikel/Advertorial
Servis ‘review produk anda’ juga biasa dilakukan oleh tuan empunya blog. Mereka akan ambil cas sedikit utk mereka olah produk anda utk diletakkan dlm blog mereka.

3.) Promosi Melalui List Email
• Penggunaan Autoresponder Berbayar
Sila gunakan autoresponder yang telah disyorkan oleh pakar-pakar perniagaan. Contohnya: AWeber
• Manipulasikan ‘Broadcast & Follow-Up’
Jika anda dah ada autoresponder, pastikan anda tahu menggunakannya secara menyeluruh. Yelah, autoresponder ni kita bayar bulan-bulan, kalau anda sendiri tak tahu nak gunakannya, SAKIT…
• Subscribers – Bagi ‘tips + educates’
Jika anda telah mempunyai subscribers, tahniah saya ucapkan! Tapi jika ada masih mencari-cari bagaimana cara nak dapatkan subscribers dgn cara paling cepat, sy syorkan anda buatlah PPL. Kemudian, bila dah ade subscribers, jangan lupa didik dan ajar mereka apa jua tips yang anda tahu.

4.) Promosi Melalui Facebook/Twitter
• Bina kreadibiliti di Profile & Fan Page
Pastikan gambar anda macho & cantik! ‘First impression’ orang terletak pada gambar anda. Buktikan ketokohan anda sebagai usahawan.
• TAG – Status, Photo, Video, Notes
Aktiviti mengeTAG di FB akan menyebabkan ramai yang tidak senang dengan anda. Jadi, sila pastikan anda TAG kepada mereka-mereka yang tertentu sahaja. Fikir dulu s’belum TAG.
• Sentiasa berinteraksi – (Don’t miss!)
Jangan lupa membalas anda memberi respon terhadap apa jua pertanyaan yang diajukan kepada anda. Jangan sombong! Jagalah adab dan perbualan anda di FB/Twitter tu.

5.) Promosi Melalui SEO/Adwords
• Aplikasikan konsep ON-PAGE & OFF-PAGE
Teknik ni memerlukan sedikit ilmu mengenai asas coding web. Apa yang perlu anda lakukan ialah, ilmu utk memasukkan seberapa banyak ‘keyword utama’ produk jualan anda di dalam website dan ‘SEO’kan juga di luar website. ‘SEO’ = Search Engine Optimization
• Buatlah seberapa banyak ‘backlink’
Backlink = Tinggalkan seberapa banyak link URL website anda dimana-mana. Anda boleh ke blog orang, komen-komen artikel.
• Buka akaun adwords & ‘Search Keyword’
Ok, yang ni pun saya tak mahir pun lagi. Tapi apa yang dapat saya katakan, teknik adwords ni sangat berbaloi-baloi kalo anda dapat cari ‘keyword-keyword’ yang tinggi cariannya.

6.) Promosi Melalui Youtube (Video)
• Hasilkan sebuah Video Teaser (Pre-Launch)
Video asas yang ala-ala thriller movie, video sebegini biasanya dihasilkan untuk memberi tamparan HEBAT sesebuah produk! Cubalah..
• Hasilkan sebuah lagi Video Penerangan (Launch)
Dalam video semasa pelancaran ni plak, sy syorkan anda buatlah satu video yang menerangkan secara jelas apa sebenarnya produk anda ini. Kenapa orang ramai patut milikinya? Ceritakan..
• Upload ke Youtube & letak link URL ke Website
Dan jangan lupa, upload terus secara PERCUMA ke www.YouTube.com supaya mudah nak beri orang ramai tontonnya. Pastikan anda letak link URL website anda di dalam ‘description’ video anda itu.

7.) Promosi Melalui Cabaran Affiliate (JV)
• Buatlah ‘Jemputan JV’ (beri email KHAS)
Gunakan ayat-ayat jemputan secara berhemah. Sila pastikan anda memberitahu secara jelas apa produk yang anda jual. Jangan berahsia lagi. Mintak bantuannya sepenuh hati. Minta testimoni.
• Sediakan hadiah-hadiah MENGGIURKAN
Ini ‘optional’ sahaja. Tapi sejak akhir-akhir ini, hadiah-hadiah utk affiliate yang menghasilkan paling banyak jualan akan memotivasikan para agen promosi ini untuk mempromosikan produk anda. So, jangan pandang remeh. Tawarkan hadiah..
• Penggunaan sistem affiliate sepenuhnya
Yang ini paling PENTING! Jika anda rasa anda boleh mempromosikan produk anda sorang2 di Internet ini, sebenarnya anda SILAP! Sila pastikan setiap produk jualan anda tu dibuka keahlian utk orang ramai membantu promosi produk anda. Banyak sangat dah produk jualan di Internet ni, takkan anda nak ‘survive’ sorang-sorang diri. SAKIT tuh..

Sebenarnya banyak lagi teknik – teknik Promosi yang boleh kita lakukan untuk memasarkan produk kita sendiri atau produk Affiliate yang telah kita sertai. Kepada para newbie di luar sana (termasuk saya), saya sebagai admin Blog ini berharap dengan sedikit Tip dan teknik promosi yang saya kongsikan  dapat membantu menambahkan lagi ilmu dan pengetahuan kita semua di dalam selok belok dunia perniagaan internet.

KREDIT UNTUK WANG CYBER